PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) @ SKPP9(2)

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 9(2)

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKPP9(2) memohon sumbangan bagi pemasangan penghawa dingin di Pusat Sumber Sekolah SKPP9(2).

Demi keselesaan anak-anak kita, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SKPP9(2) amat berharap agar ibu bapa dapat bersama-sama menyumbang bagi menggantikan semua penghawa dingin Pusat Sumber Sekolah yang telah rosak sepenuhnya. Sumbangan tuan/puan akan membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif, selesa, dan bersemangat untuk murid-murid. Setiap sumbangan, besar atau kecil, amatlah bermakna dalam memastikan kesejahteraan anak-anak kita di sekolah.

KETERANGAN
Jumlah kos diperlukan : RM44,000.00 (8 Unit penghawa dingin dengan anggaran kos RM5,500 /unit). Platform ini menggunakan FPX Toyyibpay dan didaftarkan ke atas akaun bank PIBG SKPP9(2). Setiap sumbangan hendaklah melalui FPX, untuk memudahkan rekod pengurusan PIBG SKPP9(2). Sekiranya ada lebihan sumbangan, PIBG SKPP9(2) akan menggunakan lebihan infaq tersebut untuk tujuan menambah baik fasilti sekolah bagi menambah keselesaan warga sekolah. Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua.

Kelebihan amalan bersedekah adalah ganjaran pahala berterusan walaupun pemberi sedekah meninggal dunia berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda maksudnya: “Apabila matinya seorang insan, terputuslah amalnya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.”
Riwayat Muslim (1631)

Semoga jasa baik dan keprihatinan tuan/puan dalam menghulurkan sumbangan ini sentiasa dihargai dan diberkati. Bersama-sama kita dapat menyediakan suasana pembelajaran yang lebih selesa demi masa depan anak-anak kita.

Sekian, Terima kasih


DARIPADA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAANPUTRAJAYA PRESINT 9(2)

Halaman Utama
STATISTIK SUMBANGAN

RM4,860.00

Jumlah Infaq Terkumpul

78

Bilangan Penyumbang
  Sumbangan Mengikut Kategori
SENARAI INFAQ
Pilih kempen yang ingin disumbangkan, semak sasaran semasa dan teruskan pembayaran melalui perbankan dalam talian.

A0006

PENGHAWA DINGIN #6
A0006
Penghawa dingin Pusat Sumber Sekolah.
Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan dan keberkatan.
RM25.00
Sasaran: RM5,500.00
BORANG INFAQ
Maklumat Penyumbang
Sila lengkapkan semua maklumat sebelum memilih jumlah infaq.

Pilih Jumlah Sumbangan
Nilai minimum ialah RM25.00.
Atau masukkan jumlah lain
Jumlah mestilah sekurang-kurangnya RM25.00.
RM MYR
Kosongkan medan ini untuk menggunakan jumlah pilihan di atas.
Sebarang pertanyaan:
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) @ SKPP9(2)
PRESINT 9, PUTRAJAYA
skpp92@e-infaq.com | 01115088086